Followers

Monday, May 16, 2011

~BEN ASHAARI BICARA CINTA SEKALI LAGI ~


assalamualaikum....
hai korang...arini aku nak join segmen incik BEN ASHAARI




ok bagi aku CINTA adalah sesuatu yang subjektif, Cinta juga meluas maknanye..cinta kepada Allah,Rasul,ibubapa,alam sekitar, dan juga manusia. namun kita biasanya akan taksub dengan cinta manusia. semua orang beranggapan cinta itu penting sebelum membina suatu hubungan yang dinamakan perkahwinan. Namun pada aku bercinta selepas kawen lebih manis, jika kita lihat orang dulu2 boleh aje diorang bahagia sedangkan mereka xpernah berkenalan pon sebelom mereka kawen apatah lagi nak bercinta. Pada aku sesebuah hubungan tuh haruslah mendapat restu,baik hubungan percintaan apatah lagi hubungan perkahwinan. pada aku tanpa restu hubungan xkan mendapat berkat dan pastinya kebahagiaan itu akan sukar untuk dikecapi.

macam orang lain aku gak ada pengalaman bercinta monyet masa zaman sekolah. walaupon my mom xbg bercinta masa sekolah tapi aku tetap degil. Namun, bila my mom taw yang aku bercinta, dia xrestu hubungan kami,tapi mase tu aku dh xda hubungan pape ngan si dia. dan sejak tu my mom akan selalu ingatkan aku agar cari suami yang sesuai n yang penting dpt restu dia.hmm...aku pon dr hari tu berjanji akan carik jodoh yang my mom restu, lau my mom xrestu aku xkn teruskan hubungan tuh. lgpon my mom penah kecewa psl pilihan jodoh dlm family kami, so, aku xmo ar nak wat my mom sedih lg sekali.

aku ni plak seorang yang lau dh suka & cintakan seseorang tu aku jenis yang susah nak lupekan n aku jenis yang susah utk jatuh cinta dengan mudah cam orang lain. kadang2 aku pelik ngan orang yang leh bercinta n bertukar pasangan baru dalam masa yang singkat. aku ada simpan perasaan kat seseorang ni dari sekolah sampai la sekarang,aku akan wat ape je perkara yang dia suke. hati aku susah nak lupekan dia sedangkan sekarang dia dah ada makwe. mase tau dia dah ada makwe aku jd DOWN sgt,aku sgt2 kecewa dan sedih,tp aku cuba slow2 terima hakikat tuh,tp aku masih lagi xdpt lupakan dia. sebab tu aku xmo terima sesape n pk sal CINTA wat mase nih, lau aku dh totaly lupekan dia baru aku akn pk sal kawen dan cinta.aku redha ngan ketentuan Allah bahawa dia bukan untuk aku dan aku berharap aku dpt melupakannya sepenuhnya suatu hari nanti. dan akan menemui cinta sejati aku suatu hari nanti. insyaAllah...

pd aku aku akan rasa bahagia bila insan yang aku suka tu bahagia dengan insan yang disayangi. walaupon ia perit untuk dihadapi namun aku akan cuba kerna semua yang berlaku pasti ada hikmahnya. Allah telah tentukan sesuatu atau seseorang yang lebih baik untuk aku.



5 comments:

::DaisyDhea:: said...

nice 2 meet u..singgah dr belog abg ben..i pun uum student jugak..=)

zyana said...

nice 2 meet u 2...yeke??duk kolej mne??kos pe??sem bpe??

Cik Puan Kocik said...

cinta itu subjektif...kalau betul caranya memang indah!

Cinta lama2 pun penat kalau tak menjadi ... hu hu! Pendekatan terbaik .. nikah then bercinta! Mesti indah kowt...he he he

wanie misa amane said...

setiap pasangan mempunyai pengalaman percintaan yang berbeza-beza dan cuma pasangan tu je tau isi hubungan mereka kan ?

aindzaya said...

nice entry =)
seperti 365 hari aku megenal cinta
cinta itu indah dan unik, tp yg utama cinta itu futuristik! for me, i will not let him go, sehingga betul2 pasti yang dia bukan diciptakan untuk saya..takdir Allah itu unik, penuh dengan tanda tanya! hanya memerlukan kesabaran sahaja di hati...so ,sabarlah untuk belajar mengelami apa itu sebenarnya cinta, walhal kita sudah sedia tahu apa itu cinta sebenarnya, =) kepada yg sering tukar2 pasangan tu, carilah cinta yg sbenar sebelum anda musnah dengan permainan cinta yg kamu cari itu, jgn sampai andartu sudahla! coz terlalu penat bermain dengan cinta