Followers

Wednesday, March 30, 2011

~ ADENOVIRUS......-mood cedih- ~

assalamualaikum...
hai korg....ok arini aku nk citer sal ADENOVIRUS



Adenovirus dikatakan sekumpulan virus yang berasal dari kelenjar Adenoid dalam kepala berdekatan rongga hidung yang berfungsi melindungi serangan penyakit, tetapi boleh menyebabkan jangkitan pada lapisan tisu saluran pernafasan, mata, usus dan saluran kencing.- Cina Islam



ok mesti korg pelik asl aku tetibe citer sal ADENOVIRUS ni kan...
ok lau nk taw baca artikel bwh ni plak....


Status Terkini Jangkitan Adenovirus di PULAPOL KL


by Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police ) on Wednesday, March 30, 2011 at 9:04am


AL FATIHAH : Seorang Pelatih Konstabel, Konst. Mohammad B. Siman (23 tahun) telah meninggal dunia pada jam 11.30 malam tadi setelah berada hampir sebulan di Unit Rawatan Rapi, Hospital Kuala Lumpur akibat jangkitan virus Adeno. Jenazah Allahyarham akan dibawa ke Tebuk Kiyai, Selekoh, Perak pagi ini untuk dikebumikan.

Ketua Polis Negara, Komandan PULAPOL KL dan seluruh warga Polis Diraja Malaysia mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham. Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat.

Untuk makluman, sehingga hari ini (30 Mac 2011), jumlah mereka yang masih dirawat di hospital adalah 4 orang dan masing - masing berada dalam keadaan stabil dan menunjukkan tanda-tanda yang memberangsangkan untuk sembuh. Manakala jumlah pelatih yang menjalani pengasingan adalah 59 orang dan jumlah tersebut menunjukkan penurunan dari sehari ke sehari.

Ahli keluarga pelatih masih boleh menghubungi talian 03-2688 2009 atau 03-2688 2062 di Bilik Gerakan Khas, PULAPOL KL untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Sekali lagi ucapan takziah kami ucapkan kepada keluarga Konstabel Mohammad B. Siman di atas pemergian insan tercinta. Mudah-mudahan Allahyarham ditempatkan bersama orang - orang yang beriman. Al-Fatihah...



















ok...korg dh baca kn...
mangsa dlm artikel tu lau nk taw member cik gebu taw....member mse form6...kami lain kelas tp amik seubjek ekonomi sama....kira rapat la ngan dia...kami panggil dia mamat...
ada la dlm bulan lepas rsenye dia chat ngan aku kt fb...dia ckp rindu dh lame xjumpe cik gebu n member2 lain....huhu...xsangka dia akn pergi dulu...last jmpe dia mse skola...
pastu dh xjmpe...



ni laa member aku..mamat@ nama sebenarnyer..Mohammad Bin Siman

ok aku xmo tulis manyak2 g...aku xleh tahan sebak....
harap korg dpt sedekahkan al-fatihah....
aku harap roh arwah akn dicucuri rahmat dan ditempatkan dlm golongan org2 yang beriman....





4 comments:

Unknown said...

apa punca penyakit ni? macam menyeramkan je.. apa pun nice info

zyana said...

@ faris...

xtaw la tetibe dpt berita dia dh xda...cedih xdpt jmpe arwah wat kali trakhir..

Unknown said...

jangan pergi biarkan pegi..kita yang hidup, mesti teruskan hidup..semoga arwah tergolong dikalangan yang dirahmati oleh Allah

zyana said...

@ faris....

amin...moga2 camtu la hendaknye...tq ek faris...